¢ Parlimen Malaysia
melambangkan keutuhan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
¢ Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan maksud Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini.
¢Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan,
¢ Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem
Persekutuan.
¢negeri-negeri Perlis,
Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri
Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara
Malaysia
¢Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan
lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat.
¢Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.
¢Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong,
Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan MajlisRaja-raja.
¢Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama
Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama
Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang,
Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah
Persekutuan.
¢Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.
¢Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri .
¢Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
Rumusan.
- Malaysia sebuah negara yang berdaulat, mempunyai keluruhan Perlembagaannya yang tersendiri. Pelembagaan Persekutuan yang dijunjung oleh rakyat warganegara Malaysia merupakan faktor keharmonian dan keselamatan yang dikecapi hingga kini.
- Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa kuasa dijalankan oleh 3 badan perundangan, eksekutif dan kehakiman.
- Perkara-perkara yang tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan Persekutuan dan
perlaksanaannya adalah pada peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang
diwakili oleh ketiga-tiga badan tersebut dan keseluruh jentera pentadbiran kerajaan hingga ke kampung telah menjalinkan satu jalinan kompleks sehingga mampu mewujudkan dan mempertahankan sebuah negara yang demokratik.
-Ini berlaku kerana pengasingan kuasa antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri
dan Kerajaan Tempatan mengikut syarat-syarat yang diizinkan juga menunjukkan tidak berlaku monopoli kuasa.
-Akhir sekali, adalah tidak lengkap sekiranya aspek Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen jika pilihanraya tidak dibincangkan. Pilihanraya dijalankan untuk memilih wakil-wakil rakyat yang akan mengisi kekosongan di Dewan Rakyat yang akhirnya menjalankan kehendak-kehendak rakyat melalui wakil-wakil rakyat yang dipilih.
Rujukan.
Mahadi Shuid, Suzani Osman, Pra-U STPM Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, Longman, 2006, hlmn 230, 231, 232, 233, 234, 235, 236, 237, 238.
Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail, Zaini Othman, Kenegaraan Malaysia, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd, 2005, hlmn 78, 79, 80, 183, 184, 185.
Raminah Hj Sabran, Wong Khek Seng, Kok Meng Kee, Ace Ahead Teks STPM Pengajian Am Kertas 1&2, Kuala Lumpur: Oxford fajar Sdn Bhd, cetakan kedua 2010, hlmn 6, 8, 9, 15,16, 17, 18, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 38, 39, 40, 41.
Mustapa K.S, STPM Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Federal Publiction, cetakan ketiga 2000, hlmn 125, 126.
Mustapa K.S, Strategi Kejayaan STPM Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Federal Publiction, cetakan kedua 2001, hlmn 230, 231, 251, 252, 253.
Ranjit Singh Malhi, Rujukan STPM Pengajian Am Kenegaraan Malaysia, Kuala Lumpur: Federal Publiction, cetakan keempat 2001, hlmn 32, 33, 34, 35.
No comments:
Post a Comment