Monday 28 September 2015
Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen
Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen
¢Negara
demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.
¢Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.
¢Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
¢Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala
Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
¢Sistem Raja Berperlembagaan, merupakan pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri yang dibantu oleh Perdana Menteri.
¢Sementara sistem Republik menolak institusi beraja.
¢ Kerajaan ini diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
5. Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen
5.1 Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.
5.2. Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
5.3. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
5.4. Sistem Raja Berperlembagaan, merupakan pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri yang dibantu oleh Perdana Menteri.
5.5 Sementara sistem Republik menolak institusi beraja. Kerajaan ini diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
Sistem Demokrasi di Malaysia.
Sistem Demokrasi di Malaysia.
¢Pemerintahan Malaysia
mengamalan pemerintahan demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan seperti dinyatakan dalam perkara 44 Perlembagaan
Persekutuan.
¢Dalam sistem ini, kuasa perundangan
Persekutuan terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang Di-Pertuan Agong dan dua majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
¢Parlimen mempunyai kedudukan tertinggi dan merupakan badan yang mewakili
¢ Dalam demokrasi berparlimen, rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin dan kerajaan.
¢Wakil yang dipilih oleh rakyat sama ada bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan bertanggungjawab serta bertindak untuk memperjuangkan kepentingan rakyat yang diwakilinya.
¢Amalan memilih pemimpin dan kerajaan dalam demokrasi berparlimen ini dibuat melalui pilihanraya.
¢Pilihanraya merupakan salah satu saluran penglibatan warganegara dalam membuat keputusan politik.
¢Melalui pilihanraya, rakyat diberi hak bagi memberi mandat kepada sesuatu seperti parti untuk membentuk kerajaan.
¢Kuasa rakyatlah yang akan menentukan parti yang akan memerintah negara serta membentuk corak pembangunan dan masa depan rakyat.
4. Sistem Demokrasi di Malaysia.
4.1 Pemerintahan Malaysia mengamalan pemerintahan demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan seperti dinyatakan dalam perkara 44 Perlembagaan Persekutuan.
4.2 Dalam sistem ini, kuasa perundangan Persekutuan terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang Di-Pertuan Agong dan dua majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.Parlimen mempunyai kedudukan tertinggi dan merupakan badan yang mewakili rakyat untuk membuat undang-undang dan dasar-dasar.
4.3 Dalam demokrasi berparlimen, rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin dan kerajaan. Wakil yang dipilih oleh rakyat sama ada bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan bertanggungjawab serta bertindak untuk memperjuangkan kepentingan rakyat yang diwakilinya. Amalan memilih pemimpin dan kerajaan dalam demokrasi berparlimen ini dibuat melalui pilihanraya.
4.4 Pilihanraya merupakan salah satu saluran penglibatan warganegara dalam membuat keputusan politik. Melalui pilihanraya, rakyat diberi hak bagi memberi mandat kepada sesuatu seperti parti untuk membentuk kerajaan. Kuasa rakyatlah yang akan menentukan parti yang akan memerintah negara serta membentuk corak pembangunan dan masa depan rakyat.
Struktur Parlimen Malaysia.
Struktur Parlimen Malaysia.
¢Pemerintahan Malaysia
yang bercirikan demokrasi berperlimen dan raja berpelembagaan yang unik kerana
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
-Yang Di-Pertuan Agong
-Dewan Negara
-Dewan Rakyat
¢Setiap negara mempunyai kaedah dan sistem pemerintahan yang tersendiri.
¢Terdapat berbagai nama yang diberikan untuk menggambarkan bentuk pemerintahan sesebuah negara seperti demokrasi, sosialis, monarki dan
lain-lain.
¢Dalam sistem berkenaan, terdapat jenis pemerintahan yang membenarkan penglibatan rakyat dalam mengurus dan mengemudi pemerintahan negara.
¢Sementara itu terdapat juga pemerintahan yang tidak memberi ruang kepada rakyat untuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara.
¢Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan kebebasan rakyat.
¢ menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi “kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat”.
¢Unsur penting dalam demokrasi ialah “pemerintahan rakyat”.
¢Dalam sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat. Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi.
¢Dalam autokrasi, rakyat tidak boleh bersuara dan tidak dibenarkan terlibat dalam urusan pemerintahan negara.
¢
Demokrasi berparlimen
Demokrasi berparlimen.
¢ Parlimen Malaysia
melambangkan keutuhan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
¢ Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan maksud Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini.
¢Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan,
¢ Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem
Persekutuan.
¢negeri-negeri Perlis,
Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri
Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara
Malaysia
¢Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan
lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat.
¢Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.
¢Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong,
Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan MajlisRaja-raja.
¢Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama
Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama
Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang,
Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah
Persekutuan.
¢Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.
¢Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri .
¢Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
Rumusan.
- Malaysia sebuah negara yang berdaulat, mempunyai keluruhan Perlembagaannya yang tersendiri. Pelembagaan Persekutuan yang dijunjung oleh rakyat warganegara Malaysia merupakan faktor keharmonian dan keselamatan yang dikecapi hingga kini.
- Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa kuasa dijalankan oleh 3 badan perundangan, eksekutif dan kehakiman.
- Perkara-perkara yang tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan Persekutuan dan
perlaksanaannya adalah pada peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang
diwakili oleh ketiga-tiga badan tersebut dan keseluruh jentera pentadbiran kerajaan hingga ke kampung telah menjalinkan satu jalinan kompleks sehingga mampu mewujudkan dan mempertahankan sebuah negara yang demokratik.
-Ini berlaku kerana pengasingan kuasa antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri
dan Kerajaan Tempatan mengikut syarat-syarat yang diizinkan juga menunjukkan tidak berlaku monopoli kuasa.
-Akhir sekali, adalah tidak lengkap sekiranya aspek Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen jika pilihanraya tidak dibincangkan. Pilihanraya dijalankan untuk memilih wakil-wakil rakyat yang akan mengisi kekosongan di Dewan Rakyat yang akhirnya menjalankan kehendak-kehendak rakyat melalui wakil-wakil rakyat yang dipilih.
Rujukan.
Mahadi Shuid, Suzani Osman, Pra-U STPM Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, Longman, 2006, hlmn 230, 231, 232, 233, 234, 235, 236, 237, 238.
Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail, Zaini Othman, Kenegaraan Malaysia, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd, 2005, hlmn 78, 79, 80, 183, 184, 185.
Raminah Hj Sabran, Wong Khek Seng, Kok Meng Kee, Ace Ahead Teks STPM Pengajian Am Kertas 1&2, Kuala Lumpur: Oxford fajar Sdn Bhd, cetakan kedua 2010, hlmn 6, 8, 9, 15,16, 17, 18, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 38, 39, 40, 41.
Mustapa K.S, STPM Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Federal Publiction, cetakan ketiga 2000, hlmn 125, 126.
Mustapa K.S, Strategi Kejayaan STPM Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Federal Publiction, cetakan kedua 2001, hlmn 230, 231, 251, 252, 253.
Ranjit Singh Malhi, Rujukan STPM Pengajian Am Kenegaraan Malaysia, Kuala Lumpur: Federal Publiction, cetakan keempat 2001, hlmn 32, 33, 34, 35.
Subscribe to:
Posts (Atom)